Kota ini kota kita.Pasaknya aqidah, dindingnya akhlak dan ibadah. Lantainya semangat dan ukhwah. Terbina dari paduan tenaga pendokong-pendokong setia, yang pernah jatuh rebah bangkit semula.Kini kota kita berdiri megah. Harapan Paling Akhir.
Rabu, 8 Disember 2010
Perubatan JAWI berkembang di Ipoh
Alhamdulillah Unit Herbalis Komuniti Ipoh akan terus dengan Visi mengembangkan perubatan Jawi dalam kalangan pengedar Hpa di komuniti Ipoh khususnya dan Perak amnya. Penganjuran kursus Perawatan Jawi telah dianjurkan sejak tahun 2009 lagi dan diteruskan sehingga tahun 2010 yang meliputi kursus diagnos dan perawatan. Insyaallah pada tahun 2011, kursus perawatan dan perubatan Jawi akan diperluaskan ke seluruh negeri Perak.
Ahad, 5 Disember 2010
PBC Taawun Ipoh Nov Penamat 2010
PBC Taawun Ipoh pada 28-29 Nov lalu adalah yang terakhir bagi tahun 2010. Insyaallah PBC Taawun seterusnya akan diadakan pada 29-30 Januari 2011. Pihak penyelaras mengucapkan terima kasih kepada PJS Hj Zainal, PJS Nik Saikhan dan PJS Sani yang menjayakan PBC kali ini. Penghargaan juga diucapkan kepada Herbalis PJ Shafariah Ibrahim, PJ Mohd Jamsari dan JK Komuniti Ipoh yang turut membantu. Terima Kasih Daun Keladi...Tahun Hadapan Jumpa Lagi.
Hpa adalah kota kita
Seorang sebiji bata seumat membina kota. Kota yang dimaksudkan ialah Hpa. Hpa diasaskan sejak tahun 1986 dan mula terlibat dlm dunia MLM menjelang tahun 1997 telah menampakkan kebangkitan yang sangat mengagumkan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat. Yang lebih membanggakan kita apabila Hpa menjadi teraju utama memasarkan produk Halal & Taiyiban di samping membentuk rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.
Langgan:
Catatan (Atom)






