Team Herbalis Ikhwan akan melancarkan Jelajah Thibbun Nabawi ke seluruh Perak. Program pertama akan dibuat di Manjung. Maklumatnya seperti berikut:
Tarikh : 7 Ogos 2011 -Ahad
Masa : 9.00 (pendaftaran)
9.30 (Modul1 : Visi & Misi Hpa)
10.15 (Modul 2: Thibbun Nabawi -Teori & Amali)
2.00 (Penutup : penyampaian Sijil)
Pendaftaran Hubungi : Penyelaras PJ Herbalis Shafariah: 013 6641872
Kota ini kota kita.Pasaknya aqidah, dindingnya akhlak dan ibadah. Lantainya semangat dan ukhwah. Terbina dari paduan tenaga pendokong-pendokong setia, yang pernah jatuh rebah bangkit semula.Kini kota kita berdiri megah. Harapan Paling Akhir.
Khamis, 4 Ogos 2011
Selasa, 3 Mei 2011
KURSUS PTB, GUASA & BERTUNGKU DI HPA TAIPING
Alhamdulillah, seramai 6 orang pengedar Hpa telah berjaya mengikuti Kursus Perawatan Jawi di Hpa Cawangan Kamunting pada 30 April lalu dengan jayanya. Kursus '4 in 1' ini mendedahkan 15 teknik & kemahiran membetulkan tulang belakang, urutan limpatik & guasa serta teknik bertungku. Kursus ini dibimbing oleh Perawat PJS Cikgu Sani dan Herbalis PJ Shafariah dan turut dibantu oleh Herbalis Khamli yang turut hadir untuk berkongsi pengalamannya.
Isnin, 25 April 2011
KURSUS PTB, GUASA & BERTUNGKU DI HPA TAIPING
Julung-julung kalinya pengedar Hpa kawasan Taiping akan didedahkan Kursus PTB, Guasa & Bertungku bagi menambahkan lagi kemahiran sebagai usahawan herbalis yang berjaya. Melalui kursus ini para peserta akan didedahkan kaedah untuk menguatkan imuniti, merangsang saraf, menguatkan tenaga dan melancarkan perjalanan darah untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit.
Tarikh : 30 Apr 2011 -Sabtu
Masa : 9.00 pg -3.00 ptg
Tempat : Hpa Caw Kamunting, Taiping.
Yuran : Rm75- (Jamuan, nota kursus, alatan praktikal, sijil disediakan)
Peserta terhad: 16 orang shj. Hubungi Penyelaras: 013 6641872
Tarikh : 30 Apr 2011 -Sabtu
Masa : 9.00 pg -3.00 ptg
Tempat : Hpa Caw Kamunting, Taiping.
Yuran : Rm75- (Jamuan, nota kursus, alatan praktikal, sijil disediakan)
Peserta terhad: 16 orang shj. Hubungi Penyelaras: 013 6641872
KURSUS PERAWATAN WAJAH (Facial, akupuntur & Herbalogi)
Pada 19 April 2011 berlangsung Kursus Penjagaan Wajah enggunakan teknik facial, akupuntur & herba. Semua bahan facial menggunakan produk dari Muslimah Skincare dan herba Centella White Hpa. Peserta muslimah seramai 16 orang begitu teruja untuk mengamalkan teknik-teknik penjagaan wajah yang dibimbing oleh PJ Herbalis Shafariah Ibrahim. Sebelum mengikuti teori dan amali, para peserta didedahkan dengan modul kenali Visi Misi Hpa dan Kepenggunaan Islam yang disampaikan oleh PJS Sani Ibrahim.
KURSUS PTB & BERTUNGKU DI HPA MANJUNG
Pada 20 Feb 2011 berlangsung Kursus PTB & Bertungku dengan kehadiran peserta seramai 24 orang. Rata-rata peserta berpuas hati dan ingin mendalami lagi kemahiran ini dalam kursus herbalis yang dianjurkan oleh Hpa sendiri.
KURSUS PERAWATAN AKUPUNTUR DI HPA AMPANG
Pada 13 Mac 2011, berlangsung kursus Akupuntur Asas dan Moksibasi. Seramai 18 peserta telah berjaya mengikuti kursus dangan jayanya.
Sabtu, 5 Mac 2011
PBC TAAWUN 26-27 MAC DI LUMUT
Sambil berkursus, pada sebelah petang para peserta boleh berjalan-jalan menikmati angin laut Selat Melaka dengan pemandangan saujana mata memandang. Ayuh ke PBC Taawun, Lumut.
TARIKH: 26-27 MAC 2011 Pendaftaran 9.00 pg (26 Mac) Tamat 4.30 ptg (27 Mac)
TEMPAT: HOTEL DJ PALACE, LUMUT (menu ayam kita)
YURAN; RM130.00
MODUL: 1. Dilema Ummah & Penyelesaiannya.
2. Menjana Visi & Misi Hpa
3. Mengangkat Martabat Ummah- Menjana Pendapatan Selesa
4. 350 Produk Halalalan Taiyiban Lagi Berkat
5. Konsep Perubatan Jawi
6. Mendiagnos Saraf Tapak Tangan & Bengkel
7. Demo 4 langkah perawatan Bekam, Akupuntur-Moksa, Refleksologi- Guasa & PTB
8. Rahsia Berjaya Sebagai Usahawan Herbalis Hpa.
9. Home Party Nadi Hpa
10. Qiamullail, Kuliah Subuh & Senam Pernafasan
PENDAFTARAN AWAL: Tempat Terhad:Hubungi Penyelaras :013 6641872 (Cg Sha)
Langgan:
Catatan (Atom)
