Khamis, 4 Ogos 2011

Gempur Thibbun Nabawi

Team Herbalis Ikhwan akan melancarkan Jelajah Thibbun Nabawi ke seluruh Perak. Program pertama akan dibuat di Manjung. Maklumatnya seperti berikut:
Tarikh    : 7 Ogos 2011 -Ahad
Masa      : 9.00    (pendaftaran)
                 9.30    (Modul1 : Visi & Misi Hpa)
                 10.15 (Modul 2: Thibbun Nabawi -Teori & Amali)
                 2.00   (Penutup : penyampaian Sijil)
Pendaftaran Hubungi : Penyelaras PJ Herbalis Shafariah: 013 6641872

Selasa, 3 Mei 2011

KURSUS PTB, GUASA & BERTUNGKU DI HPA TAIPING



Alhamdulillah, seramai 6 orang pengedar Hpa telah berjaya mengikuti Kursus Perawatan Jawi di Hpa Cawangan Kamunting pada 30 April lalu dengan jayanya. Kursus '4 in 1' ini mendedahkan 15 teknik & kemahiran membetulkan tulang belakang, urutan limpatik & guasa serta teknik bertungku. Kursus ini dibimbing oleh Perawat PJS Cikgu Sani dan Herbalis PJ Shafariah dan turut dibantu oleh Herbalis Khamli yang turut hadir untuk berkongsi pengalamannya.

Isnin, 25 April 2011

KURSUS PTB, GUASA & BERTUNGKU DI HPA TAIPING

Julung-julung kalinya pengedar Hpa kawasan Taiping akan didedahkan Kursus PTB, Guasa & Bertungku bagi menambahkan lagi kemahiran sebagai usahawan herbalis yang berjaya. Melalui kursus ini para peserta akan didedahkan kaedah untuk menguatkan imuniti, merangsang saraf, menguatkan tenaga dan melancarkan perjalanan darah untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit.
Tarikh             : 30 Apr 2011 -Sabtu
Masa               : 9.00 pg -3.00 ptg
Tempat           : Hpa Caw Kamunting, Taiping.
Yuran             : Rm75- (Jamuan, nota kursus, alatan praktikal, sijil disediakan)
Peserta terhad: 16 orang shj. Hubungi Penyelaras: 013 6641872

KURSUS PERAWATAN WAJAH (Facial, akupuntur & Herbalogi)

Pada 19 April 2011 berlangsung Kursus Penjagaan Wajah enggunakan teknik facial, akupuntur & herba. Semua bahan facial menggunakan produk dari Muslimah Skincare dan herba Centella White Hpa. Peserta muslimah seramai 16 orang begitu teruja untuk mengamalkan teknik-teknik penjagaan wajah yang dibimbing oleh PJ Herbalis Shafariah Ibrahim. Sebelum mengikuti teori dan amali, para peserta didedahkan dengan modul kenali Visi  Misi Hpa dan Kepenggunaan Islam yang disampaikan oleh PJS Sani Ibrahim.





















KURSUS PTB & BERTUNGKU DI HPA MANJUNG

Pada 20 Feb 2011 berlangsung Kursus PTB & Bertungku dengan kehadiran peserta seramai 24 orang. Rata-rata peserta berpuas hati dan ingin mendalami lagi kemahiran ini dalam kursus herbalis yang dianjurkan oleh Hpa sendiri.











KURSUS PERAWATAN AKUPUNTUR DI HPA AMPANG

Pada 13 Mac 2011, berlangsung kursus Akupuntur Asas dan Moksibasi. Seramai 18 peserta telah berjaya mengikuti kursus dangan jayanya.













Sabtu, 5 Mac 2011

PBC TAAWUN 26-27 MAC DI LUMUT


       Sambil berkursus, pada sebelah petang para peserta boleh berjalan-jalan menikmati angin laut Selat Melaka dengan pemandangan saujana mata memandang. Ayuh ke PBC Taawun, Lumut.
       TARIKH: 26-27 MAC 2011     Pendaftaran 9.00 pg (26 Mac) Tamat 4.30 ptg (27 Mac)
       TEMPAT: HOTEL DJ PALACE, LUMUT (menu ayam kita)
       YURAN; RM130.00
       MODUL: 1. Dilema Ummah & Penyelesaiannya.
                        2.  Menjana Visi & Misi Hpa
                        3. Mengangkat Martabat Ummah- Menjana Pendapatan Selesa
                        4. 350 Produk Halalalan Taiyiban Lagi Berkat
                        5. Konsep Perubatan Jawi
                        6. Mendiagnos Saraf Tapak Tangan & Bengkel
                        7. Demo 4 langkah perawatan Bekam, Akupuntur-Moksa, Refleksologi- Guasa & PTB
                        8. Rahsia Berjaya Sebagai Usahawan Herbalis Hpa.
                        9. Home Party Nadi Hpa
                        10. Qiamullail, Kuliah Subuh & Senam Pernafasan

         PENDAFTARAN AWAL: Tempat Terhad:Hubungi Penyelaras :013 6641872 (Cg Sha)

Khamis, 10 Februari 2011

KURSUS PERAWATAN & KEUSAHAWANAN

1.   KURSUS PEMBETULAN TULANG BELAKANG & BERTUNGKU
     TARIKH: 20 JAN 2011     MASA : 9.15 AM -3.00 PM
     TEMPAT: SERI MANJUNG, PERAK
     YURAN : RM75.00   (SIJIL, JAMUAN & BAHAN KURSUS DISEDIAKAN)
      PEMBIMBING : HERBALIS PJ SHAFARIAH IBRAHIM
                                    PERAWAT PJS USTAZ SANI IBRAHIM
                                    PERAWAT PJ AHMAD AZRUL
      PENGANJUR  : TEAM HERBALIS IKHWAN HPA
      PENDAFTARAN HUBUNGI: 013 6641872 (Cg Sha)

  2. KURSUS URUTAN GUASA & BEKAM 10 TITIK SUNNAH

       TARIKH: 6 MAC 2011    MASA: 9.15 AM-4.30 P.M
        TEMPAT: IPOH, PERAK
        YURAN : RM75.00 (SIJIL, JAMUAN & BAHAN KURSUS DISEDIAKAN)
        PEMBIMBING : MUSLIM (PERAWAT  PJS US SANI IBRAHIM)
                                      MUSLIMAT (HERBALIS PJ SHAFARIAH IBRAHIM)
        PENGANJUR  : TEAM HERBALIS IKHWAN
        PENDAFTARAN AWAL HUBUNGI: 013-6641872 (Cg Sha)

3. KURSUS KEUSAHAWANAN HERBALIS -PBC TAAWUN

      TARIKH: 26-27 MAC 2011     Pendaftaran 9.00 pg (26 Mac) Tamat 4.30 ptg (27 Mac)
       TEMPAT: HOTEL SERI MALAYSIA IPOH (Ada Sijil Halal JAKIM)
       YURAN; RM130.00
       MODUL: 1. Dilema Ummah & Penyelesaiannya.
                        2.  Menjana Visi & Misi Hpa
                        3. Mengangkat Martabat Ummah- Menjana Pendapatan Selesa
                        4. 350 Produk Halalalan Taiyiban Lagi Berkat
                        5. Konsep Perubatan Jawi
                        6. Mendiagnos Saraf Tapak Tangan & Bengkel
                        7. Demo 4 langkah perawatan Bekam, Akupuntur, Refleksologi, Guasa & PTB
                        8. Rahsia Berjaya Sebagai Usahawan Herbalis Hpa.
                        9. Home Party Nadi Hpa
         PENDAFTARAN AWAL: Hubungi Penyelaras :013 6641872 (Cg Sha)

    

Sabtu, 29 Januari 2011

PBC TAAWUN IPOH CERIA

Alhamdulillah...seramai 35 orang pengedar Hpa berjaya mengikuti kursus PBC yang berlangsung pada 29-30 Jan 2011 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. PBC kali ini diceriakan dengan kehadiran PJMS Tn Hj Cg Murad dan PJIS Tn Hj Zainal Ahmad serta dibantu oleh PJS Cg Sani Ibrahim. Kerjasama JK Komuniti Ipoh & Pemimpin Pelapis seperti PJ Zulkeif, PJ Zuki, PJ Zaidi,, PR Pak Din dan PJX Mus Irwan banyak membantu menjayakan PBC kali ini.

PBC Taawun kali ini dimulakan dengan modul  1"Halal Berkat, Haram Mudarat : Halal Dicari, Haram Dihindari" oleh PJS Cg Sani yang turut membentang modul 2 "Menyelami Visi & Misi Hpa". PJIS Hj Zainal membentang modul 3 "Pendapatan Selesa bersama Hpa" . Di sebelah petang, PJMS Cg Murad membentang modul 4 "Rahsia Berjaya -6M" dengan suntikan motivasi dan pengalaman beliau sebagai orang lama dalam Hpa. Modul 5 "Konsep Perubatan Jawi" dibentang oleh PJ Herbalis Shafariah Ibrahim yang juga membentang modul 6 "350 Produk Halal & Berkat".

Pagi Ahad dimulai dengan program Qiamullail yang dikendalikan oleh Ustaz Zubir yang bertugas sebagai Bilal Masjid di Pulau Pinang. Manakala Kuliah subuh disampaikan oleh Ustaz Amir Fikri dari Lumut. Selepas kuliah subuh, para peserta terus mengikuti senaman pernafasan yang dikendalikan oleh PJS Cg Sani.
Modul 7 "Mengesan Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan" dibentang oleh Herbalis PJ Shafariah Ibrahim yang turut mengendalikan bengkel. Modul 8 "Homeparty Nadi Hpa" dibentang oleh PJS Sani Ibrahim yang mengakhiri pembentangan modul kursus PBC kali ini. Pada sebelah petang, para peserta kursus membentang tugasan yang diberi mengikut kumpulan masing-masing.