Sabtu, 29 Januari 2011

PBC TAAWUN IPOH CERIA

Alhamdulillah...seramai 35 orang pengedar Hpa berjaya mengikuti kursus PBC yang berlangsung pada 29-30 Jan 2011 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. PBC kali ini diceriakan dengan kehadiran PJMS Tn Hj Cg Murad dan PJIS Tn Hj Zainal Ahmad serta dibantu oleh PJS Cg Sani Ibrahim. Kerjasama JK Komuniti Ipoh & Pemimpin Pelapis seperti PJ Zulkeif, PJ Zuki, PJ Zaidi,, PR Pak Din dan PJX Mus Irwan banyak membantu menjayakan PBC kali ini.

PBC Taawun kali ini dimulakan dengan modul  1"Halal Berkat, Haram Mudarat : Halal Dicari, Haram Dihindari" oleh PJS Cg Sani yang turut membentang modul 2 "Menyelami Visi & Misi Hpa". PJIS Hj Zainal membentang modul 3 "Pendapatan Selesa bersama Hpa" . Di sebelah petang, PJMS Cg Murad membentang modul 4 "Rahsia Berjaya -6M" dengan suntikan motivasi dan pengalaman beliau sebagai orang lama dalam Hpa. Modul 5 "Konsep Perubatan Jawi" dibentang oleh PJ Herbalis Shafariah Ibrahim yang juga membentang modul 6 "350 Produk Halal & Berkat".

Pagi Ahad dimulai dengan program Qiamullail yang dikendalikan oleh Ustaz Zubir yang bertugas sebagai Bilal Masjid di Pulau Pinang. Manakala Kuliah subuh disampaikan oleh Ustaz Amir Fikri dari Lumut. Selepas kuliah subuh, para peserta terus mengikuti senaman pernafasan yang dikendalikan oleh PJS Cg Sani.
Modul 7 "Mengesan Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan" dibentang oleh Herbalis PJ Shafariah Ibrahim yang turut mengendalikan bengkel. Modul 8 "Homeparty Nadi Hpa" dibentang oleh PJS Sani Ibrahim yang mengakhiri pembentangan modul kursus PBC kali ini. Pada sebelah petang, para peserta kursus membentang tugasan yang diberi mengikut kumpulan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan