Sabtu, 29 Januari 2011

PBC TAAWUN IPOH CERIA

Alhamdulillah...seramai 35 orang pengedar Hpa berjaya mengikuti kursus PBC yang berlangsung pada 29-30 Jan 2011 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. PBC kali ini diceriakan dengan kehadiran PJMS Tn Hj Cg Murad dan PJIS Tn Hj Zainal Ahmad serta dibantu oleh PJS Cg Sani Ibrahim. Kerjasama JK Komuniti Ipoh & Pemimpin Pelapis seperti PJ Zulkeif, PJ Zuki, PJ Zaidi,, PR Pak Din dan PJX Mus Irwan banyak membantu menjayakan PBC kali ini.

PBC Taawun kali ini dimulakan dengan modul  1"Halal Berkat, Haram Mudarat : Halal Dicari, Haram Dihindari" oleh PJS Cg Sani yang turut membentang modul 2 "Menyelami Visi & Misi Hpa". PJIS Hj Zainal membentang modul 3 "Pendapatan Selesa bersama Hpa" . Di sebelah petang, PJMS Cg Murad membentang modul 4 "Rahsia Berjaya -6M" dengan suntikan motivasi dan pengalaman beliau sebagai orang lama dalam Hpa. Modul 5 "Konsep Perubatan Jawi" dibentang oleh PJ Herbalis Shafariah Ibrahim yang juga membentang modul 6 "350 Produk Halal & Berkat".

Pagi Ahad dimulai dengan program Qiamullail yang dikendalikan oleh Ustaz Zubir yang bertugas sebagai Bilal Masjid di Pulau Pinang. Manakala Kuliah subuh disampaikan oleh Ustaz Amir Fikri dari Lumut. Selepas kuliah subuh, para peserta terus mengikuti senaman pernafasan yang dikendalikan oleh PJS Cg Sani.
Modul 7 "Mengesan Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan" dibentang oleh Herbalis PJ Shafariah Ibrahim yang turut mengendalikan bengkel. Modul 8 "Homeparty Nadi Hpa" dibentang oleh PJS Sani Ibrahim yang mengakhiri pembentangan modul kursus PBC kali ini. Pada sebelah petang, para peserta kursus membentang tugasan yang diberi mengikut kumpulan masing-masing.

Isnin, 10 Januari 2011

KURSUS REFLEKSOLOGI


Bagi mengembangkan Perubatan Jawi, Unit Herbalis Komuniti Ipoh akan menganjurkan Kursus Asas Refleksologi untuk menguatkan imuniti, migrain, sakit urat, diabetis, kelemahan paru-paru, gagal ginjal, stress, lancarkan perjalanan darah, kelemahan jantung, masalah usus, haid tidak teratur, lemah batin dan kesuburan. Kursus ini akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 23 Jan 2011 - Ahad
Masa:  9.15 pg---- 4.30 ptg
Peserta : Pengedar Hpa Terbuka Muslim & Muslimah (Terhad 16 orang)
Pembimbing : Herbalis PJ Shafariah Ibrahim
                     Perawat PJS Sani Ibrahim
Yuran   : Rm70.00 (Makan pagi, tengahari, kertas kerja, sijil & alatan mengurut krim, minyak but2, tuala disediakan)
Pendaftaran Hubungi : Sha 013-6641872

Selasa, 4 Januari 2011

PBC TAAWUN IPOH -2011

PBC adalah medan untuk anda jayakan rangkaian anda sebagai Usahawan Herbalis HPA. Dalam kursus tersebut, peserta akan didedahkan tentang prinsip keusahawanan herbalis, mengenali kekuatan syarikat, kelebihan produk herba, perawatan mendiagnos tapak tangan & demo refleksologi, akupuntur, pembetulan tulang belakang dan bekam. Peserta juga didedahkan dengan rahsia berjaya sebagai usahawan dengan pendapatan selesa melalui Plan Pemasaran Yang Adil & Sukses melalui gerakerja 6M. Dalam setiap program PBC, Qiamullail, solat subuh dan kuliah subuh adalah modul wajib untuk diikuti oleh setiap peserta bagi membina ketahanan rohani sebagai seorang Usahawan Muslim. Ayuh daftar sekarang: Hubungi Penyelaras : 013 6641872 -Cikgu Sha.

Tarikh: 29-30 Jan 2011 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Hotel Seri Malaysia Ipoh (Hotel ada Sijil Halal JAKIM)
Yuran: Rm130
Pembimbing dijangka hadir :
PJMS Hafidzan Fauzi, PJMS Hj Rosmandi Ishak, PJI Khalilah Wong, PJIS Hj Zainal Ahmad, PJS Sani Ibrahim, PJS Zamri Ibrahim, PJ Herbalis Shafariah Ibrahim & PJ Perawat Jamsari Mahmud.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
"GEMPUR PERAWATAN JAWI &  PRODUK HERBA 2011"